PENUTUP
Monday, 16 March 2015
CADANGAN MENGATASI BEBAN TUGAS GURU
CADANGAN MENGATASI
Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.
Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja.Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.
Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie (2010) mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.
Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanantugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.
Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.
Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju gutu tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.
Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.
TEKANAN KERANA BEBAN TUGAS GURU
Satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9000 orang
kakitangan perguruan di seluruh Negara mendapati 70 peratus responden bersetuju
bahawa mereka tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa
berdepan dengan karenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. (Kosmo
Malaysia, 29 Mac 2006). Maka, sewajarnya pihak-pihak tertentu peka dengan
permasalahan stres guru.
Beban tugas berat menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,
mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal
diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar
dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam artikel tersebut
terdapat seorang guru bernama Noreha yang berusia 46 tahun merupakan seorang
guru yang berminat mengajar dan beliau mendapat kepuasan apabila murid-muridnya
Berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. Tetapi,
beliau berasa tertekan kerana beban tugas semakin berat di sekolah dan juga
diganggu oleh masalah peribadi sehingga ingin mengambil cuti untuk berjumpa
pakar psikiatri. Noreha mengatakan bahawa secara fizikalnya memang sihat tetapi
dalaman berkecamuk. Noreha juga tidak ingin masuk ke hospital dan meninggalkan
keluarga dan kerjayanya. Seorang guru yang terlalu tertekan sememangnya
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya
membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Kes yang seterusnya adalah berkaitan dengan seorang guru yang
bernama Zaimah Mishan, berusia 42 tahun yang pernah mengalami sakit jiwa.
Zaimah Mishan merupakan seorang guru JQAF. Beliau pernah mengalami masalah jiwa
iaitu kecelaruan bipolar dan beliau terpaksa menerima rawatan selama enam
bulan. Beliau mengatakan bahawa beban kerja sangat berat sehingga bekerja tujuh
hari seminggu dari pagi hingga petang sampaikan tiada masa untuk keluarganya.
Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam tetapi juga terpaksa membawa
pulang buku latihan murid-murid untuk menyemak dan ini tidak termasuklah khusus
atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja.
Jelaslah ditunjukkan bahawa guru pada masa kini memanglah
memikul beban tugas kerja yang semakin berat dan guru yang mengalami tekanan
sudah pastilah tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhya terhadap tugasnya.
Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal
untuk memahami perkara-perkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh
membebankan pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang
akademik. Di samping itu, tekanan yang dihadapi oleh guru boleh menyebabkan
tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada
perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindak balas ke atas
tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga berkemungkinan besar
akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan
menengking pelajar. Tindakan seperti ini boleh menjejaskan profesionalisme
mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik
untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar
ini.
Tambahan pula, kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap
guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu
bapa pelajar merupakan satu cabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa
pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi
memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan
ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik sehingga menyebabkan guru-guru
berada dalam keadaan stres. Guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku
atau pencapaian akademik yang rendah. Selain itu, Ibu bapa masa kini terlalu
memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku
mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikainya tindakan guru terutamanya
sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang
melibatkan anak mereka. Terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau
bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih
memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat
sesi persekolahan.
Selain itu, jumlah murid yang semakin bertambah pada setiap tahun juga
merupakan satu beban yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap
tahun, jumlah pengambilan murid baru semakin bertambah dan secara tidak
langsung mewujudkan suasana bilik darjah yang melebihi kapasiti yang telah
ditetapkan. Bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sesebuah sekolah juga
menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru yang sedia ada di sekolah
tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang terlalu ramai dan perkara
ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu
penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup
untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari.
Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan
kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain
kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti
mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi
penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab, dan sukan. Menghadiri kursus,
mesyuarat, bengkel, dan perjumpaan yang terlalu kerap ini juga amat membebankan
guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru
sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas
mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai
contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan
di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru
tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan
jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit.
Inilah adalah sama dengan kes Zaimah Mishan yang bekerja tujuh hari seminggu
dan hendaklah menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF. Pada
hari Sabtu ada aktiviti kokurikulum yang mana semua guru dikehendaki terlibat
dan hari Ahad pula Zaimah Mishan sebagai seorang guru JQAF diwajibkan terlibat
dalam Kem Bestari Solat. Kerja yang beban ini telah menyebabkan Zaimah Mishan
tiada mempunyai masa yang lebih untuk keluarganya sehingga suaminya berkahwin
lain. Situasi ini telah menyebabkan Zaimah Mishan berasa tertekan sehingga
mengalami sakit jiwa dan ini juga menjejaskan hubungan dengan anak-anaknya.
Para guru masa kini juga terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan
aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah.
Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa
mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar
waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama
mereka iaitu mengajar di bilik darjah.
Guru Besar yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah juga merupakan
salah satu penyebab yang membawa masalah beban tugas kerja guru semakin berat.
Contohnya, rungutan bahawa guru kini dibebani tugas perkeranian dan pelbagai
lagi tugas pendokumentasian. Dalam hal ini, Guru Besar haruslah dipersalahkan
kerana mereka tidak bijak menghalakan tugas-tugas seperti perkeranian, pungutan
data dan pendokumentasian sesuatu dokumen. Malahan ditambah pula
sikap sesetengah Pengetua dan Guru Besar yang meletakkan keutamaan cita-cita
peribadi mengatasi kemampuan dan kesediaan organisasi itu sendiri. Maka akan
terjadilah guru terpaksa bertugas pada hari Sabtu tanpa cuti.
Punca tekanan kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana
penafsiran guru terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang
demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa
berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani
masalah yang dihadapi.
Tekanan utama yang dialami oleh guru-guru adalah dari pihak
kementerian, jabatan dan pentadbir sekolah. Maka dicadangkan pihak-pihak
berkenaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Sebarang pelaksanaan
program pendidikan bagi memenuhi tuntutan pendidikan masa kini yang
diperturunkan oleh pihak kementerian kepada jabatan pendidikan dan seterusnya
pihak sekolah perlu mengambil kira beban tugas guru yang berat dan juga
pelbagai. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru
berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas
guru itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh guna pakai, sama ada
dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari Negara jiran yang tahap
pendidikannya lebih tinggi daripada negara kita untuk dicontohi.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan keanggotaannya yang turut membabitkan beberapa pegawai
pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan
penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut membuat aduan
dimana guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling
dikeluarkan guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
Oleh itu, masalah ini haruslah diteliti bagi memastikan tugas utama guru
iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas tidak terganggu
disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Selain itu, Kementerian
juga akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali
membebankan guru.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil
kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu
langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.Yang
Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata
cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk
mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu
daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan
guru. Ini bermaksud satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0
(ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Ini bertujuan membolehkan guru
mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas
teras, iaitu mengajar.
Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan
dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi
mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang
ditanggung oleh guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan
guru yang bergantung kepada guru sandaran yang tidak terlatih. Guru pembantu
bukan hanya membantu dari segi kerja perkeranian, malah dalam bidang pengajaran
termasuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar lemah. Ini bukan sahaja meringankan
tugas guru malah pada masa yang sama membantu murid yang ketinggalan untuk maju
standing dengan rakan yang lain. Di Negara maju, ramai sukarelawan yang
dibenarkan menjalankan tugas membantu guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba
dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk ke sekolah dan memberikan khidmat mereka
mana yang sesuai dan sekali gus dapat membantu meringankan beban tugas guru.
Ibu bapa juga digalakkan masuk ke sekolah bagi membantu guru seperti membantu
dalam pusat sumber dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan kaedah ini.
Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr
Abdul RahmanArshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban
tugas guru di sekolah melalui konsep µmemasyarakatkan pendidikan yang tidak
mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah
memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di
sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang
pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan
persatuan pesara guru.
Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam
pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung
akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta
mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di
luar bilik darjah dan memakan masa guruselama ini. Akhbar baru-baru ini
melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh
jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengkaji
masalah berkenaan termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap
kelas di sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian
Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor
swastadalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab
sosial.
Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan
jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar
dan pedalaman. Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat
oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini,
program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah
yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah
menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah
sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan
kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan
supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya
dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian
Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha
mempertingkat profesionalisme guru.
Secara kesimpulannya, profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang
sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Tekanan-tekanan yang
dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan
yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan Negara amnya dan kepada
pembangunan pelajar khasnya mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan.
Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan
kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang
diceburinya. Walaubagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif
dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi
mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stress dan menjejaskan pekerjaan
mereka sebagai seorang guru. Selain itu, setiap pihak juga harus memberi
sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua
anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga
imej organisasi. Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut “seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul” mencemari profesion keguruan.
MARTABAT PROFESION KEGURUAN
Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat
atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan kecekapan dan
kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. Bidang
pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.
Sesungguhnya, guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan
profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah
terletak pada guru sendiri. Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi
gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh itu, para guru adalah
perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.
Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan
dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan,
kita mestilah sentiasa memastikan bahawa cirri-ciri guru berkualiti yang ada
pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Hal
ini adalah kerana guru adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan
profesion keguruan.
KOD ETIKA PERGURUAN
Kod
Etika Perguruan
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung
keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan
individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pada amnya, guru
perlu pakar atau professional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang
profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam
dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah 1998).
Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan
ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk kea rah
profesional. Laporan Suruhanjaya, Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz,1971) telah mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan (EPP) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang
telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Pengamalan Etika Profesion
Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion
perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian
matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab
sebagai pendidik selaras dengan Etika Profesion Perguruan yang telah
dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan
mengajar seperti:
“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju kea rah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan………
………dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami
menerima tatasusila berikut seperti panduan.
Dari penyataan ikrar dan kod Etika Profesion Perguruan di atas,
guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan
modal insane yang berkualiti dan berketrampilan.
Peranan sistem pendidikan dalam sesebuah negara amatlah penting
untuk memastikan pembangunan negara. Bagi memastikan sistem pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang, maka menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan
generasi yang berkualiti di masa akan datang. Ini bertepatan dengan salah satu
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu menyediakan sumber tenaga
manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara di masa hadapan. Maka, bagi
merealisasikan hasrat KPM, sebahagian usaha terletak di bahu guru. Guru bukan
hanya mempersiapkan para pelajar bagi menghadapi masa depan yang penuh cabaran,
malahan guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran supaya menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi
dalam melaksanakan daya usaha bagi meningatkan kualiti pelajar yang bakal
dihasilkan. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah membangunkan
Standard Guru Malaysia (SGM) yang merupakan penanda aras bagi melihat sejauh
mana guru telah mencapai kompetensi profesional guru dalam tiga aspek, nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran. Guru haruslah menguasai ketiga-tiga aspek kompetensi tersebut
bagi menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara
masa kini dan akan datang.
Namun, sejauh manakah guru-guru dapat mencapai standard yang
ditetapkan oleh KPM memandangkan beban tugas guru-guru pada hari ini sangat
mencabar dan menyebabkan guru-guru semakin stres. Ini diakui oleh Valli dan
Buese (2007) dalam kajiannya terhadap 150 orang guru mendapati bahawa tugas
guru semakin bertambah, diperluaskan, diinsentifkan, serta perlu memenuhi
harapan daripada masyarakat tinggi hingga memberi kesan stres terhadap guru.
Masyarakat kini harus sedar bahawa tugas guru bukanlah semata-mata di dalam
bilik darjah, mengajar, membimbing dan mendidik. Tugas guru pada hari ini turut
merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar waktu persekolahan.
Guru-guru sekarang terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri
masyarakat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan
pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan
sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu
kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Murid kini juga semakin bijak
dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)