Monday, 16 March 2015

MARTABAT PROFESION KEGURUAN



Martabat Profesion Keguruan

Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Sesungguhnya, guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.

Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa cirri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Hal ini adalah kerana guru adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan.

No comments:

Post a Comment