![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ8z1l33M49S0ZBBPfAL33ypOf5QJxTuQGFHZptCeb3u5VY03xboodEQHghojOEL41X8jkz7Ym4_cSIJgxUMI61EoELGXTe-UD88beRO_9tUwvwRg2Xfu_JEFog5yL1cmuYck-qv82goM/s320/Beban+tugas+guru+2.jpg)
ARKIB : 13/11/2013
Kajian kurangkan beban guru diperluaskan
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Skop kajian untuk mengurangkan beban tugas guru diperluaskan kepada empat lapangan bagi menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran di negara ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, empat lapangan kajian itu adalah beban tugas guru, ketidaksepadanan opsyen guru, saiz kelas yang ideal dan pertindihan pangkalan data.
Jelas beliau, pendekatan serampang dua mata juga diaplikasikan dalam kajian itu melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Dapatan awal kajian serta cadangan daripada empat lapangan ini akan dibentangkan dalam Persidangan NBOS pada 20 November ini bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya dalam mengurangkan beban tugas guru secara holistik dan efektif," kata dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) yang bertanyakan langkah Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan beban guru dalam kerja-kerja perkeranian termasuk sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang memerlukan guru mengisi maklumat-maklumat murid.
Menurut Kamalanthan, kementeriannya telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan beban guru termasuk melaksanakan 28 perakuan di dalam Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru yang ditubuhkan pada tahun 2010.
"Kementerian turut melaksanakan penempatan seorang pembantu tadbir perkeranian operasi di semua sekolah kementerian di bawah Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mengurangkan beban guru," katanya.
Katanya, Kementerian Pendidikan juga melaksanakan pengintegrasian data untuk mengelakkan pertindihan pengisian data di peringkat sekolah dengan menggunakan satu sistem sahaja iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131113/pa_04/Kajian-kurangkan-beban-guru-diperluaskan#ixzz3U4OndvIK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment