BEBAN TUGAS
KERJA GURU TERLALU BANYAK MENYEBABKAN GURU SEMAKIN STRES
Menurut Mok Song Sang (1996),
konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai ‘Suatu pekerjaan yang khusus
dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
bermutu, bersikap jujur, dedikasi bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’. Bidang keguruan dianggap
sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia
perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru
bertauliah. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai
Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Di
samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion
perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dicontohi oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod
Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.
No comments:
Post a Comment