Monday, 16 March 2015

PENUTUP




PENUTUP

     

CADANGAN MENGATASI BEBAN TUGAS GURU




CADANGAN MENGATASI

        Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja.Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie (2010) mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.

Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanantugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.

Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.

Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju gutu tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.

GURU DAN CABARAN SEMASA




FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN STRES GURU







TEKANAN KERANA BEBAN TUGAS GURU


Satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9000 orang kakitangan perguruan di seluruh Negara mendapati 70 peratus responden bersetuju bahawa mereka tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan karenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. (Kosmo Malaysia, 29 Mac 2006). Maka, sewajarnya pihak-pihak tertentu peka dengan permasalahan stres guru.

Beban tugas berat menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam artikel tersebut terdapat seorang guru bernama Noreha yang berusia 46 tahun merupakan seorang guru yang berminat mengajar dan beliau mendapat kepuasan apabila murid-muridnya Berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan.  Tetapi, beliau berasa tertekan kerana beban tugas semakin berat di sekolah dan juga diganggu oleh masalah peribadi sehingga ingin mengambil cuti untuk berjumpa pakar psikiatri. Noreha mengatakan bahawa secara fizikalnya memang sihat tetapi dalaman berkecamuk. Noreha juga tidak ingin masuk ke hospital dan meninggalkan keluarga dan kerjayanya. Seorang guru yang terlalu tertekan sememangnya menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Kes yang seterusnya adalah berkaitan dengan seorang guru yang bernama Zaimah Mishan, berusia 42 tahun yang pernah mengalami sakit jiwa. Zaimah Mishan merupakan seorang guru JQAF. Beliau pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar dan beliau terpaksa menerima rawatan selama enam bulan. Beliau mengatakan bahawa beban kerja sangat berat sehingga bekerja tujuh hari seminggu dari pagi hingga petang sampaikan tiada masa untuk keluarganya. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam tetapi juga terpaksa membawa pulang buku latihan murid-murid untuk menyemak dan ini tidak termasuklah khusus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja.

Jelaslah ditunjukkan bahawa guru pada masa kini memanglah memikul beban tugas kerja yang semakin berat dan guru yang mengalami tekanan sudah pastilah tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhya terhadap tugasnya. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami perkara-perkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan yang dihadapi oleh guru boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindak balas ke atas tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga berkemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti ini boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini.

            Tambahan pula, kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu cabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik sehingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres. Guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Selain itu, Ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikainya tindakan guru terutamanya sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat sesi persekolahan.

            Selain itu, jumlah murid yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan satu beban yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan murid baru semakin bertambah dan secara tidak langsung mewujudkan suasana bilik darjah yang melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

            Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab, dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel, dan perjumpaan yang terlalu kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit. Inilah adalah sama dengan kes Zaimah Mishan yang bekerja tujuh hari seminggu dan hendaklah menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF. Pada hari Sabtu ada aktiviti kokurikulum yang mana semua guru dikehendaki terlibat dan hari Ahad pula Zaimah Mishan sebagai seorang guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat. Kerja yang beban ini telah menyebabkan Zaimah Mishan tiada mempunyai masa yang lebih untuk keluarganya sehingga suaminya berkahwin lain. Situasi ini telah menyebabkan Zaimah Mishan berasa tertekan sehingga mengalami sakit jiwa dan ini juga menjejaskan hubungan dengan anak-anaknya.

            Para guru masa kini juga terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. 

            Guru Besar yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang membawa masalah beban tugas kerja guru semakin berat. Contohnya, rungutan bahawa guru kini dibebani tugas perkeranian dan pelbagai lagi tugas pendokumentasian. Dalam hal ini, Guru Besar haruslah dipersalahkan kerana mereka tidak bijak menghalakan tugas-tugas seperti perkeranian, pungutan data dan pendokumentasian sesuatu dokumen.  Malahan ditambah pula sikap sesetengah Pengetua dan Guru Besar yang meletakkan keutamaan cita-cita peribadi mengatasi kemampuan dan kesediaan organisasi itu sendiri. Maka akan terjadilah guru terpaksa bertugas pada hari Sabtu tanpa cuti.

            Punca tekanan kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani masalah yang dihadapi.

Tekanan utama yang dialami oleh guru-guru adalah dari pihak kementerian, jabatan dan pentadbir sekolah. Maka dicadangkan pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Sebarang pelaksanaan program pendidikan bagi memenuhi tuntutan pendidikan masa kini yang diperturunkan oleh pihak kementerian kepada jabatan pendidikan dan seterusnya pihak sekolah perlu mengambil kira beban tugas guru yang berat dan juga pelbagai. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.  Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari Negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi daripada negara kita untuk dicontohi.

            Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan keanggotaannya yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut membuat aduan dimana guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling dikeluarkan guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.  Oleh itu, masalah ini haruslah diteliti bagi memastikan tugas utama guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas tidak terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Selain itu, Kementerian juga akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru. Ini bermaksud satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Ini bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.

Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung oleh guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran yang tidak terlatih. Guru pembantu bukan hanya membantu dari segi kerja perkeranian, malah dalam bidang pengajaran termasuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar lemah. Ini bukan sahaja meringankan tugas guru malah pada masa yang sama membantu murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan yang lain. Di Negara maju, ramai sukarelawan yang dibenarkan menjalankan tugas membantu guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk ke sekolah dan memberikan khidmat mereka mana yang sesuai dan sekali gus dapat membantu meringankan beban tugas guru. Ibu bapa juga digalakkan masuk ke sekolah bagi membantu guru seperti membantu dalam pusat sumber dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan kaedah ini.


Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul RahmanArshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep µmemasyarakatkan pendidikan yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guruselama ini. Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swastadalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

            Secara kesimpulannya, profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan Negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Walaubagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stress dan menjejaskan pekerjaan mereka sebagai seorang guru. Selain itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.

            Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut “seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul” mencemari profesion keguruan.

MARTABAT PROFESION KEGURUAN



Martabat Profesion Keguruan

Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Sesungguhnya, guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.

Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa cirri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Hal ini adalah kerana guru adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan.